Tsunami muncul juara Paintball Nation Cup
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday...094106/Article/
Cheers,
Allan
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday...094106/Article/
*more news to come soonTSUNAMI dari United Kingdom muncul juara kejohanan Paintball
Nation Cup 2004 di Sunway Ekstrem Park,
di Sunway, semalam. – Gambar Afendi Mohamed
PASUKAN Tsunami dari United Kingdom mengesahkan status sebagai pasukan ‘favourite’ apabila muncul juara kejohanan Paintball Nation Cup 2004 di Sunway Ekstrem Park, semalam.
Pasukan berkenaan mengatasi cabaran XPP dari Filipina dalam final sengit yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1 seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan RM5,000.
Dua pasukan negara, Demonz dan Manawave turut mencuri tumpuan apabila muncul pemenang tempat ketiga dan keempat dalam saingan disertai 19 pasukan tempatan dan antarabangsa itu.
Dalam aksi final yang dijalankan dalam tiga perlawanan, Tsunami yang berdepan XPP ketinggalan dalam perlawanan pertama akibat gagal mengawal asakan pasukan Filipina itu.
Bagaimanapun mereka kembali untuk menguasai permainan kedua untuk menang seterusnya membawa permainan ke babak penentuan sebelum muncul juara.
“Kami terus fokus untuk perlawanan tadi (semalam) walaupun agak hilang tumpuan pada babak pertama, ia bagus kerana kami akhirnya muncul juga sebagai juara,” kata satu-satunya anggota wanita dalam pasukan berkenaan - Guppy Collins.
Selain Collins, pasukan berkenaan disertai Brian Graham Best, Errol Walter Jarc, Leon Christoper Newman dan Michael Thomas Patterson manakala XPP disertai Victor Dino, Gula Salvado, Glen Sowade, Kit Lim Cojo dan Edger Natias.
Katanya, pasukan berkenaan sudah melakukan perancangan awal dengan mengkaji padang permainan selain strategi yang akan digunakan menentang pasukan handalan lain sebelum bermulanya kejohanan.
Sementara itu, Demonz yang baru enam bulan ditubuhkan gembira dengan pencapaian mereka walaupun serba kekurangan berbanding pasukan handalan lain terutama Eropah.
Mereka yang meminjam senjata dari juara Paintball dunia dari Amerika Syarikat, pasukan Dynasty bagi memastikan mereka memiliki senjata atau ‘marker’ lebih baik menganggap kejayaan menduduki tempat ketiga adalah di luar dugaan.
“Kami berterima kasih kepada semua yang membantu dan kejayaan ini diharap akan memberikan kami semangat untuk lebih berjaya dalam kejuaraan Asian Cup tahun depan,” kata seorang anggota pasukan berkenaan Allan Pang.
Cheers,
Allan